BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, February 27, 2011

Kejohanan Hoki SBP Zon Selatan melabuhkan tirai

Bermula 23 Februari 2011 hingga 27 Februari 2011, kejohanan hoki ini telah meninggalkan pelbagai suka duka yang pastinya tidak akan pernah luput dari memori.Kenangan ini sedikit sebanyak mengajar para peserta untuk bermain lebih baik dan memantapkan strategi perlawanan mereka.
"Majlis penutupan ini merupakan salah satu majlis terbaik yang pernah saya pernah hadiri."kata Pengarah SBP yang menyempurnakan majlis penutupan ini.
MOZAC sebagai tuan rumah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta,jurulatih,guru pengiring serta ibubapa kerana membantu sepanjang kejohanan ini berlangsung.Semoga kita berjumpa lagi di lain masa.
TERIMA KASIH SEMUA






Penjaring Terbanyak Kejohanan

Radhwa Aqilah Binti Mokhtar(TKC)-

Bagi saya, memenangi anugerah penjaring terbanyak pada kejohanan ini merupakan salah satu penghormatan yang terbaik pernah saya dapat.Strategi saya dalam memastikan pasukan saya beraksi dengan baik ialah dengan menggunakan strategi ‘bend down’.Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh warga MOZAC kerana menganjurkan pertandingan ini dengan hebat terutamanya dari segi pengurusannya.Cuma yang saya agak kecewa dalam pertandingan ini ialah psikologi yang hebat dari penyokong dari pihak lawan yang menggugat konsentrasi saya.Selepas ini, pasukan kami akan ke peringkat kebangsaan dan kami akan cuba menjadi juara sekaligus mengalahkan STF di sana.

Pemain Terbaik Kejohanan

Iffah Adibah Mustafa(STF)


-Menang dan kalah merupakan adat permainan.Pemain terbaik perempuan yang dianugerahkan kepada saya adalah satu pengalaman yang baik bagi saya.Saya ingin memberikan pesanan kepada adik-adik saya yang bakal menggegarkan padang hoki tahun depan supaya sentiasa fokus untuk capai kejayaan.Selain itu, pastikan kejuaraan selama 4 tahun ini dikekalkan dan jangan pernah putus asa.

Saturday, February 26, 2011

APA KATA ADIB AFHAM

Beliau merupakan ketua pasukan Sains Johor.Peranannya telah membantu sekolahnya menjuarai kejuaraan kali ini.Beliau juga telah terpilih sebagai Pemain Terbaik Kejohanan dan Penjaring Terbanyak sebanyak 4 gol.Berikut merupakan sedikit wawancara yang dilakukan bersama beliau.

Wartawan : Apa perasaan anda selepas berjaya memenangi kejohanan kali ini buat kali kedua berturut-turut?

Adib: Saya gembira tidak terhingga.Saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan dan semua yang memberi semangat dan dorongan kepada saya supaya saya dapat bermain dengan baik di dalam kejohanan kali ini.

Wartawan : Perasaan anda selepas berjaya memenangi anugerah Pemain Terbaik dan Penjaring Terbanyak?

Adib: Saya berasa gembira dan bangga diatas kejayaan ini.Saya ingin berterima kasih kepada cikgu-cikgu kerana telah mengajar saya cara bermain hoki daripada tingkatan 1 lagi.Disebabkan tunjuk ajar ini,saya telah berjaya mendapat anugerah ini.

Wartawan : Apa perancangan masa depan anda di dalam sukan hoki ini?

Adib : Bila saya sudah besar nanti,saya ingin menubuhkan sebuah pasukan hoki saya sendiri. Saya akan menamakan pasukan saya ini bersempena nama saya iaitu ADIB AFHAM HOCKEY CLUB.Pasukan saya akan bersaing di dalam liga hoki Malaysia sekaligus menjuarainya.

Keputusan Akhir Kejohanan Hoki SBP Zon Selatan 2011

LELAKI

 
JUARA             : SEKOLAH MENENGAH SAINS JOHOR
NAIB JUARA  : SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI SELANDAR
TEMPAT-3      : SEKOLAH MENENGAH SAINS MUZAFFAR SYAH
TEMPAT-4      : SEKOLAH MENENGAH SAINS SEREMBAN

PEREMPUAN

JUARA            : SEKOLAH TUN FATIMAH
NAIB JUARA : KOLEJ TUNKU KURSIAH
TEMPAT-3     : SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN LABU
TEMPAT-4     : SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR


PENJARING TERBANYAK KEJOHANAN
LELAKI-MUHAMMAD ADIB AFHAM YAC'OB(SAINS JOHOR)
PEREMPUAN-  RADHWA AQILAH MOKHTAR(TKC)

PEMAIN TERBAIK KEJOHANAN
LELAKI- MUHAMMAD ADIB AFHAM YAC'OB(SAINS JOHOR)
PEREMPUAN-IFFAH ADIBAH BINTI MUSA(STF)

         TAHNIAH SEMUA.......

STF lawan TKC (AKHIR)

Perlawanan ini ibarat ulangan final tahun lalu.TKC sudah tentu ingin membalas dendam diatas kekalahan mereka tahun lalu.Serangan bertalu-talu telah dilancarkan oleh kedua-dua pasukan.Walau bagaimanapun,kehebatan TKC mula tenggelam di pertengahan permainan manakala STF terus menguasai permainan.Dan akhirnya,Nurul Izzati dan Nasiha Sakina memberi kemenangan kepada STF apabila menjaringkan gol menerusi gerakan yang menarik.Ini bermakna,STF berjaya mengekalkan kejuaraan tahun lalu.TKC sekali lagi hampa bagi merampas kejuaraan daripada STF.

SMAPL lwn SAMURA(ketiga dan keempat)

Ini merupakan salah satu perlawanan yang mencuri tumpuan apabila pasukan perempuan SMAP Labu bertemu pasukan perempuan SAMURA.Serangan demi serangan yang dilakukan oleh SMAP Labu akhirnya berjaya membolosi gol pasukan SAMURA.SAMURA yang cuba mempertahankan kedudukan mereka dengan membalas serangan SMAP Labu tidak berjaya.Kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan iaitu
SMAP Labu-1 , SAMURA-0

SMSJ lwn SISME (AKHIR)

Perlawanan akhir ini telah menjadi tumpuan semua penonton kerana masing-masing ingin melihat jika juara baru akan terhasil pada kejohanan kali ini.Saingan sengit bermula daripada awal permainan menyebabkan separuh pertama tiada jaringan dihasilkan.Di separuh masa kedua,Sains Johor mula mempamerkan taring apabila serangan bertali arus telah dilancarkan ke gawang SISME.Akibat daripada asakan pemain Sains Johor,benteng SISME mula melakukan beberapa kesilapan seterusnya membuka peluang bagi Sains Johor menjaringkan gol.Peluang itu langsung tidak disia-siakan oleh Sains Johor apabila mereka menjaringkan dua gol sekaligus menobatkan mereka sebagai juara bertahan buat kali kedua berturut-turut.

MOZAC lwn SASER (Ketiga dan keempat lelaki)

Biarpun kecundang pada perlawanan separuh akhir,namun tidak menjadi masalah kepada pasukan MOZAC untuk bangkit semula pada perlawanan penentuan tempat ke-3 dan ke-4.Pada mulanya,SASER kelihatan lebih agresif untuk menang.Tetapi,pemain berjersi 9 MOZAC,Ahmad Muthian berjaya menghasilkan jaringan untuk menjadikan kedudukan 1-0 hingga tamat permainan.Pemain-pemain SASER sedikit kecewa kerana tewas namun memuji permainan yang ditunjukkan oleh pasukan MOZAC.Keputusan rasmi,MOZAC 1,SASER 0 sekaligus menobatkan MOZAC sebagai pemenang tempat ketiga.

Friday, February 25, 2011

JADUAL PERLAWANAN AKHIR

27/2/2011(Padang B)

8.30-9.20
SEKOLAH TUN FATIMAH LAWAN KOLEJ TUNKU KURSIAH

9.30-10.20
SEKOLAH MENENGAH SAINS JOHOR LAWAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI SELANDAR

Penentuan Tempat Ketiga(Padang A)


8.00-8.50
SEKOLAH MENENGAH SAINS MUZAFFAR SYAH LAWAN SEKOLAH MENENGAH SAINS SEREMBAN

8.50-9.40
SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN LABU LAWAN SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR

           SEMOGA BERJAYA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Pasukan Yang Layak Ke Perlawanan Akhir

Pasukan Lelaki


  • SEKOLAH MENENGAH SAINS JOHOR
  • SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI SELANDAR 

Pasukan Perempuan

  • SEKOLAH TUN FATIMAH
  • KOLEJ TUNKU KURSIAH

                                    TAHNIAH!!!!!!!!

    MOZAC lwn SBPI Selandar(Lelaki)

    Perlawanan yang ditunggu-tunggu ini telah mencetuskan suasana yang riuh dan gamat di kawasan penyokong.Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan tidak kurang juga penyokong-penyokong yang bersorak memberi semangat dan sokongan kepada pasukan mereka.Namun,tuan rumah(MOZAC) akhirnya tewas kepada SBPI Selandar dengan kekalahan 0-1 hasil jaringan Muhd Hanif berjersi 24.Ketiadaan beberapa pemain utama yang mengikuti program perantarabangsaan menjadi punca kekalahan MOZAC di tangan SBPI Selandar.Namun,pujian harus diberikan kepada penjaga gol MOZAC,Muhd Hazrein yang beraksi cemerlang pada perlawanan pertama beliau walaupun diserang bertubi-tubi.

    SMSJ lawan SASER (Lelaki)

    Ternyata perlawanan ini menjadi satu perlawanan yang menarik untuk ditonton.Permainan menarik telah dipamerkan oleh kedua-dua pasukan.Tetapi,SMSJ terlebih dahulu mendahului menerusi Muhammad Sukri Chia sekaligus memberi tekanan kepada SASER.SASER kemudian hanya mampu bertahan apabila SMSJ terus menyerang pintu gol mereka.Gol daripada Zulhilmi (2 gol) dan Vimalan telah memberi kemenangan mutlak kepada SMSJ.

    SMAP LABU lawan TKC (Perempuan)

    TKC telah mula menguasai perlawanan sejak awal permainan lagi.Namun,kekebalan benteng pertahanan SMAP Labu telah menyukarkan mereka untuk menembusi gawang SMAP Labu.Selepas beberapa pertukaran dilakukan,barulah mereka berjaya menunjukkan belang masing-masing.Dan akhirnya,mereka berjaya menewaskan SMAP Labu sebanyak 2-0 menerusi Ain Syazana danWan Farina.

    STF lawan SAMURA(Perempuan)

    Perlawanan separuh akhir ini telah mendapat sambutan yang meriah daripada para penonton.Gerakan-gerakan yang menarik telah membuatkan penyokong pasukan masing-masing tidak senang duduk.Kehebatan kedua-dua pasukan menewaskan lawan masing-masing semalam menyebabkan perlawanan ini berlangsung dengan sengit.Walau bagaimanapun,STF lebih menyerlah apabila berjaya menewaskan SAMURA dengan mata 5 berbalas 0.Penjaring-penjaring tersebut ialah Fasihah (2 gol),Aida Amira (2 gol) dan Amira Diana (1 gol).

    JADUAL PERLAWANAN SEPARUH AKHIR KEJOHANAN HOKI SBP ZON SELATAN

    26/2/2011.
     8.30-9.20
    SEKOLAH TUN FATIMAH  LAWAN  SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR.(P)

    9.20-10.10
    SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN LABU  LAWAN KOLEJ TUNKU KURSIAH.(P)

    10.10-11.00
    SEKOLAH MENENGAH SAINS JOHOR  LAWAN  SEKOLAH MENENGAH SAINS SEREMBAN.(L)


    11.00-11.50
    SEKOLAH MENENGAH SAINS MUZAFFAR SYAH  LAWAN  SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI SELANDAR.(L)


    SEMOGA BERJAYA SEMUA.....




    Pasukan Yang Layak Ke Separuh Akhir

    Pasukan Lelaki
    1.SEKOLAH MENENGAH SAINS JOHOR
    2.SEKOLAH MENENGAH SAINS SEREMBAN
    3.SEKOLAH MENENGAH SAINS MUZAFFAR SYAH
    4.SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI SELANDAR

    Pasukan Perempuan
    1.SEKOLAH TUN FATIMAH
    2.SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR
    3.KOLEJ TUNKU KURSIAH
    4.SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN LABU.

    SBPI Jempol lawan SBPI Selandar (Lelaki)

    Selepas tewas dengan Sains Johor dan hanya mampu menang tipis keatas STJ,SBPIS tekad untuk menewaskan SBPI Jempol bagi melangkah ke separuh akhir dengan bergaya.Namun,mereka terpaksa berusaha dengan sedaya upaya apabila mereka ditentang dengan hebat oleh SBPI Jempol.Walau bagaimanapun,jaringan Ahmad Rafiq telah berjaya membawa SBPI Selandar melangkah ke separuh akhir dengan kemenangan 1-0.

    Thursday, February 24, 2011

    TKC lawan SMSSI (Perempuan)

     Kehebatan TKC memungut mata penuh diperingkat kumpulan telah cuba dicalarkan oleh pasukan SMSSI.
    Kedua-dua pasukan saling bertukar serangan.Tetapi,kehebatan TKC sukar dicabar apabila mula menguasai perlawanan.Akhirnya,TKC berjaya menembusi benteng SMSSI sebanyak 2 kali.Penjaring-penjaringnya ialah Wan Farina (jersi 10) dan Radhwa Aqilah (jersi 11).Ini bermakna TKC berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah mereka dalam kejohanan kali ini.

    SMAP Labu lawan MOZAC (Perempuan)

    Perlawanan ini bermula dengan agak perlahan.Kedua-dua pasukan tidak menunjukkan skil permainan yang menarik.Walau bagaimanapun, MOZAC berjaya mendahului 1-0 menerusi Nur Erina berjersi 10.Jaringan kekal 1-0 sehingga tamat babak pertama.Babak kedua pula menyaksikan kebangkitan yang jitu daripada pemain SMAP Labu.Dengan semangat juang yang tinggi,SMAP Labu berjaya membolosi gawang MOZAC sebanyak dua kali masing-masing menerusi Siti Nur Syazana berjersi 8 dan Nur Izzalia berjersi 10.

    MOZAC lawan SMSSI (Lelaki)

    Perlawanan suku akhir yang ditunggu-tunggu ini telah menyaksikan satu skil permainan yang hebat.Perlawanan ternyata sengit apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.Kekebalan benteng pasukan masing-masing telah menyaksikan pintu gawang masing-masing tidak mudah dibolosi.Walau bagaimanapun,MOZAC telah berjaya memecah kebuntuan gol menerusi pemain berjersi 8,Muhd Shamil sebelum tamat separuh masa pertama.Seperti yang dijangka,permainan dibabak kedua bertambah agresif.2 pemain MOZAC dan seorang pemain SMSSI telah dilayangkan kad hijau.Pemain MOZAC tersebut ialah Muhd Shamil dan Ammirul Hafiz manakala pemain SMSSI yang dilayangkan kad ialah Mohamad Shafiq.Dua orang pemain MOZAC juga telah mengalami kecederaan.Alif Amirul berjersi 10 telah mengalami kecederaan di bahu,lutut dan pergelangan kaki.Manakala Justin yang berjersi 7 turut menerima nasib yang sama apabila bahagian lututnya koyak.

    SASER lwn SMAP Labu(lelaki)

    Perlawanan yang berjaya menarik perhatian ramai apabila pasukan SASER bertemu SMAP Labu di padang hoki A ternyata tidak mengecewakan.Keputusan yang seri pada separuh masa pertama dan kedua tidak menghampakan apabila di masa tambahan SASER berjaya menjaringkan 3 gol dan SMAP Labu hanya dapat menjaringkan 1 gol menerusi penentuan sepakan penalti sekaligus menempatkan SASER ke peringkat separuh akhir esok.

    SMSJ lwn SAMURA (Perempuan)

    Perlawanan diteruskan dengan pertembungan hebat dari dua pasukan.Setelah berhempas-pulas menjaringkan gol,seorang pelajar dari SMSJ berjaya menjaringkan satu gol namun SAMURA lebih cekap dan mampu mengalahkan mereka apabila Ati Affira(jersi 12) dan Siti Fatimah(jersi 7) berjaya menjaringkan masing-masing satu gol.

    SMSJ lawan SDAR (Lelaki)

    Perlawanan ini telah menjadi tumpuan kerana pelawanan ini merupakan perlawanan ulangan final pada tahun lepas.Permainan agresif telah mula ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan di awal permainan.Walau bagaimanapun,SDAR telah mendahului di separuh masa pertama menerusi Mohammad Hafiz(jersi 4).Di babak kedua,SMSJ telah mula menunjukkan gaya permainan sebenar mereka.Serangan bertubi-tubi telah dihalakan ke pintu gawang SDAR dan akhirnya membuahkan hasil apabila SMSJ menjaringkan gol menerusi Muhammad Al Kaf AL Nas Latif (jersi 3) dan Muhammad Adib Afham (jersi 10).

    SAKTI lawan STF (Perempuan)

    Perlawanan yang dijadualkan bermula jam 8.00 pagi ini telah bermula lewat setengah jam.Perlawanan ini bermula dengan agak perlahan dengan kedua-dua pasukan bermain secara hati-hati.Walau bagaimanapun STF mula menunjukkan belang apabila mereka mula menguasai perlawanan.SAKTI tidak berdaya membalas serangan dan hanya mampu bertahan.Akibatnya gawang mereka dibolosi sebanyak sembilan kali.Penjaring-penjaringnya adalah Siti Sarah(3 gol),Nurul izzati(1 gol),Iffah Adibah(2 gol),Nurul Amira Diana(1 gol) dan Farah(2 gol).Dalam perlawanan ini,seorang pemain SAKTI telah cedera.Beliau terkena bola yang dipukul tinggi oleh pemain STF.Ini menyebabkan bibir beliau pecah.

    Pasukan yang mara ke suku akhir

     PASUKAN LELAKI
    1.SEKOLAH MENENGAH SAINS JOHOR
    2.SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI SELANDAR
    3.SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI  JEMPOL
    4.SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK
    5.SEKOLAH MENENGAH SAINS SEREMBAN
    6.SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN ISKANDAR MERSING
    7.SEKOLAH MENENGAH SAINS MUZAFFAR SYAH
    8.SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN LABU

    PASUKAN PEREMPUAN
    1.SEKOLAH TUN FATIMAH
    2.SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN ISKANDAR SYAH
    3.TUNKU KURSIAH COLLEGE
    4.SEKOLAH MENENGAH SAINS KOTA TINGGI
    5.SEKOLAH MENENGAH SAINS JOHOR
    6.SEKOLAH MENENGAH SAINS MUZAFFAR SYAH
    7.SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN LABU
    8.SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR

    SMSJ lawan MOZAC (Perempuan)

    Selepas tiada jaringan di babak pertama,kedua-dua pasukan menunjukkan semangat melawan.Masing-masing bertukar serangan dengan beberapa peluang dapat dicipta oleh pasukan MOZAC namun tidak dapat disempurnakan oleh penyerang pasukan.Gol diawal separuh masa kedua dan di minit-minit akhir perlawanan menyebabkan MOZAC tewas 2-0.Bagaimanapun,pujian harus diberikan kepada pemain kerana menunjukkan kesungguhan yang tinggi.

    SMSSI lawan SAMURA (Lelaki)

    Perlawanan terakhir bagi padang A pada hari pertama menemukan SMSSI dengan SAMURA.Perlawanan ini berjaya mencuri perhatian apabila kedua-dua pasukan menunjukkan skil permainan yang menarik.Namun,setelah masa permainan tamat,mereka hanya mampu berkongsi 1 mata selepas mereka hanya seri tanpa jaringan.

    SAKTI lawan TKC (Perempuan)

    SAKTI yang sebelum ini gah membenam SEMESRA bagaimanapun dimalukan oleh TKC apabila tewas dengan jaringan yang agak besar iaitu sebanyak 7-0.Ternyata TKC bukan tandingan mereka apabila 4 gol daripada Radhwa Aqilah Mokhtar berjersi 11, 2 gol daripada Ain Syazana berjersi 12 serta 1 gol daripada Nor Anisah  berjersi 9 memberi kemenangan mutlak kepada pasukan mereka.

    Wednesday, February 23, 2011

    SEMESRA lawan SDAR (Lelaki)

    Perlawanan diantara kedua-dua pasukan telah menarik perhatian ramai.Perlawanan berlangsung dengan seimbang dengan kedua-dua pasukan saling bertukar serangan.Namun kemenangan berpihak kepada SDAR dengan jaringan sebanyak 2-1.Gol SDAR telah dijaringkan oleh pemain berjersi 17 dan 2 iaitu Norizzat bin Jamaluddin dan Muhammad Aniq Ashraf manakala gol SEMESRA telah dijaringkan oleh pemain berjersi 5.

    STF lawan SMSSI (Perempuan)

    Setelah berjaya membenam SBPI Jempol,STF meneruskan rentak kemenangan dengan menundukkan SMSSI dengan jumlah jaringan yang agak besar iaitu sebanyak 5-0.2 jaringan daripada Fasihah bte Isa(berjersi 8) dan Iffah Adibah (berjersi 13) termasuk 1 gol daripada Nurul Amira Diana (berjersi 12) telah cukup memberi kemenangan bergaya kepada pasukan dari selatan tanah air ini.

    SMAP Labu lwn SAMURA (Perempuan)

    Perlawanan terakhir di Stadium Hoki UTeM diakhiri dengan perlawanan SMAP Labu bertemu SAMURA.Usaha keras pasukan SMAP Labu membuahkan hasil apabila Nur Nafishah(Jersi 14),Siti Nabilah(Jersi 9) dan Siti Nur Syazana(Jersi 8) menjaringkan gol untuk SMAP Labu.Tuah tidak menyebelahi SAMURA apabila gagal untuk menjaringkan sebarang gol.Keputusan akhir:SMAP Labu -3 , SAMURA-0

    SBPI Selandar lawan SMSJ (Lelaki)

    Selepas menang tipis keatas STJ,SBPI Selandar tekad untuk meneruskan rentak kemenangan keatas SMSJ.Namun apakan daya,disangkakan panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengah hari.SBPI Selandar terpaksa menerima kekalahan hasil jaringan pemain SMSJ berjersi 6,8 dan 5 iaitu Amir Hafiz,Zulhilmi dan Amirul Azriq.Dengan kemenangan ini,SMSJ telah berjaya melakar kemenangan kedua mereka.

    SAMURA lawan SASER (Lelaki)

    SAMURA turun buat kali pertama bagi memulakan kempen mereka pada tahun ini dengan kemenangan.Mereka telah bermain dengan sedaya upaya namun kehebatan SASER sukar ditandingi.Mereka terpaksa akur selepas tewas 1-0.

    SBPI Jempol lawan SEMESRA (Lelaki)

    Setelah memperoleh 1 mata ketika bertemu SDAR,SBPI Jempol berazam untuk memperoleh 3 mata penuh.Oleh yang demikian,satu perlawanan menarik telah dipertontonkan.Dan akhirnya,SBPI Jempol berjaya mencapai kemenangan dengan jaringan sebanyak 2 berbalas 0.

    STJ lawan SMSJ (Perempuan)

    STJ dalam usaha untuk mencapai kemenangan yang pertama selepas tewas kepada MOZAC telah turun dengan penuh semangat. Bagi mencapai hasrat tersebut,mereka perlu memenangi perlawanan ini. Namun,nasib tidak menyebelahi mereka setelah tewas 4-0 kepada SMSJ.2 jaringan daripada pemain berjersi 6 dan 14 telah memberi kemenangan selesa kepada SMSJ.

    SEMESRA lawan SAKTI (Perempuan)

    Setelah tewas dengan jumlah yang besar kepada TKC,SEMESRA tekad untuk mencapai kemenangan yang pertama.Namun hajat mereka tidak tercapai apabila tewas tipis di tangan SAKTI iaitu sebanyak 1 gol.Ini menyaksikan mereka tidak memungut sebarang mata di peringkat kumpulan.

    STJ lawan SBPI Selandar (Lelaki)

    Setelah tewas di tangan SMSJ pada perlawanan pertama,STJ tekad untuk bangkit mencapai kemenangan bertemu SBPIS.Namun hajat mereka tidak tercapai setelah tewas 0-1 di tangan SBPIS.Walau bagaimanapun pujian harus diberikan kepada mereka kerana telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

    SMSSI lawan SBPIJ (Lelaki)

    Pada perlawanan ini,sebuah permainan yang menarik telah ditonjolkan.Kedua-dua pasukan saling bertukar serangan.Namun,SMSSI lebih bernasib baik apabila dua jaringan daripada pemain yang berjersi 9 iaitu Amir Azamuddin telah memberi pasukan mereka 3 mata penuh.Walau bagaimanapun,seorang pemain SMSSI, Muhammad Nur Helmi telah dilayangkan kad hijau.

    MOZAC lwn SMAP Labu (Lelaki)


    Dengan sokongan padu  dari para penyokong dan semangat juang yang tinggi para pemain, MOZAC berjaya mengalahkan SMAP Labu 1-0. Gol yang telah dijaringkan oleh Alif Amirul di minit terakhir separuh masa pertama,telah meletakkan MOZAC dihadapan dibantu oleh barisan pertahanan MOZAC yang kental. Mereka berjaya mengekang asakan bertubi -tubi dari pasukan lawan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada MOZAC dan SMAP Labu yang telah mempamerkan suatu perlawanan yang sengit serta menghiburkan.

    SBPI Selandar lwn SAMURA (Perempuan)

    Perlawanan kedua pasukan perempuan diantara SBPI Selandar dan SAMURA berjalan lancar walaupun terik mentari kian terasa.Perlawanan yang sengit dan beberapa gerakan yang menarik berjaya membuka peluang SAMURA menjaringkan gol sebanyak 5 berbalas 1. Ati Affira(Jersi No.12) menyumbangkan 4 gol dan Intan Syazina(Jersi No 10) menyumbangkan 1 gol untuk SAMURA.Manakala untuk SBPI Selandar ,Saihah(Jersi No 7) menyumbangkan 1 gol .Keputusannya,SAMURA 5 - SBPI Selandar 1.

    SASER lawan SMSSI (Lelaki)

    Perlawanan antara Sekolah Menengah Sains Seremban dan Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar  berlangsung dengan agak seimbang dan akhirnya mereka berkongsi satu mata selepas terikat tanpa jaringan.Di dalam perlawanan ini juga,seorang pemain dari SMSSI telah cedera di kening beliau kerana terkena kayu hoki.

    SMAP Labu lwn SAKTI (Lelaki)



    Perlawanan kedua bagi pasukan lelaki di Stadium Hoki UTeM berjalan lancar di antara SMAP Labu dengan SAKTI.Setelah kedua-dua pihak berhempas-pulas bermain,akhirnya Faidzrul(Jersi No.8) dan Luqman(Jersi No.10) dari SMAP Labu berjaya menembusi gol lawan.Pasukan dari SAKTI gagal menjaringkan sebarang gol sekaligus memberikan kemenangan kepada SMAP Labu dengan keputusan 2-0.

    SDAR lawan SBPIJ (Lelaki)

    Pertandingan diteruskan dengan perlawanan Sekolah Dato' Abdul Razak menentang Sekolah Berasrama Penuh Integerasi Jempol di padang A. Perlawanan berlangsung dengan agak agresif. Perlawanan berkesudahan 0-0 membolehkan mereka memungut 1 mata.Seorang pelajar SDAR telah patah gigi selepas terkena kayu hoki.

    SMSJ lawan STJ (Lelaki)

    Di padang A pula berlangsung perlawanan antara pasukan lelaki Sekolah Menengah Sains Johor menentang pasukan lelaki Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar.Beberapa gerakan menarik telah menyerikan lagi perlawanan tersebut. Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada SMSJ sebanyak 3 gol berbalas 0.Pemain yang menjaringkan gol adalah pemain yang memakai jersi bernombor 4,10 dan 5.


    MOZAC lawan STJ (Perempuan)

    Di padang B Stadium Hoki Bukit Serindit pula berlangsung perlawanan diantara MOZAC dan STJ. Perlawanan berlangsung dengan beberapa percubaan yang menarik dan merbahaya.Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Walau bagaimanapun,MOZAC lebih menyerlah apabila memenangi perlawanan dengan 3 jaringan berbalas 1.Penjaring-penjaringnya adalah pemain yang berjersi 8(2 gol) dan 10.


    TKC lawan SEMESRA (Perempuan)


    Perlawanan seterusnya berlangsung antara Tunku Kursiah College menentang Sekolah Menengah Sains Rembau di padang B pada jam 8.50 pagi.Perlawanan agak tidak seimbang apabila TKC menguasai perlawanan. Akhirnya,TKC berjaya menundukkan SEMESRA dengan mata jaringan yang agak besar iaitu sebanyak 9 berbalas 0.

    STF lawan SBPIJ (Perempuan)

    Perlawanan pertama telah berlangsung antara pasukan Sekolah Tun Fatimah menentang pasukan Sekolah Berasrama Penuh Integerasi Jempol.Perlawanan bermula jam 8.00 pagi. Perlawanan berlangsung dengan keadaan agak berat sebelah apabila STF menguasai sebahagian besar perlawanan. Seorang pemain SBPIJ telah mengalami kecederaan yang agak serius. Kanta pelekap mata beliau telah pecah dan memasuki mata. Beliau telah dibawa ke unit rawatan kecemasan di Hospital Melaka. Akhirnya,perlawanan berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada STF sebanyak 3 gol tanpa balas.

    SBPI Selandar lwn SMAP Labu (Perempuan)

    Perlawanan pertama pasukan perempuan di Stadium Hoki UTeM adalah diantara SBPI Selandar menentang SMAP Labu telah bermula pada pukul 9.30 pagi.Perlawanan berjalan lancar kerana kedua-dua  pasukan bermain dengan penuh semangat dan tidak putus asa .Akhirnya,SMAP Labu berjaya mengalahkan SBPI Selandar dengan 3 gol berbalas 1. Gol-gol SMAP Labu dijaringkan oleh Ainidah(Jersi 15),Izzalia(Jersi 10),Nafisha(Jersi 14). Manakala gol dari SBPIS dijaringkan oleh Zakiah yang berjersi nombor 15.Perlawanan berjalan lancar tanpa apa-apa kecederaan yang serius.

    Perlawanan Pembukaan - MOZAC vs SAKTI (Lelaki)




    Di Stadium Hoki UTeM, perlawanan pembukaan di antara tuan rumah(SMS Muzaffar Syah) menentang SAKTI(SMS Kota Tinggi) bermula pada jam 8.30 pagi. Permainan agak seimbang pada separuh masa pertama tanpa sebarang gol. Walaubagaimana pun pada separuh masa kedua perlawanan bertambah sengit dengan kedua - dua pasukan saling menyerang. Gol pembukaan telah dijaringkan oleh pemain tuan rumah Amirul Hafiz.Walaubagaimanapun SAKTI telah berjaya menyamakan kedudukan beberapa minit kemudian melalui shot corner oleh Zushyan Magen a/l S.Kanagasundram.Keputusan seri 1-1


    Mari tanya peserta...

    Mohd Azrul Bin Iskandar(MOZAC)-Saya bertindak di posisi Bek tengah dan berasa sedikit kecewa kerana gagal membantu pasukan untuk mendapatkan gol pada separuh waktu pertama.Walaubagaimanapun,setelah belajar dari kesilapan dan semangat berpasukan yang tinggi memberikan kami peluang untuk menjaringkan gol
    pertama pada hari ini.

    Zushyan Magen a/l S.Kanagasundram(SAKTI)-Saya berasa amat bangga apabila berjaya menjaringkan gol
    pertama untuk sekolah saya.Tumpuan kami ialah untuk menjaringkan gol dan tidak perlu terburu-buru.Sentiasa yakin akan semangat pasukan.Saya bangga dapat menaikkan nama sekolah di sini dan berharap agar perlawanan seterusnya akan menjadi lebih baik.

    Apa Kata Pengurus STF

    Pengurus STF: Encik Nazarudin Shakkan
                         : Siti Maimunah Pakkan

    Wartawan : Bagaimana perlawanan antara STF menentang SBPIJ sebentar tadi?
    Pengurus   : Perlawanan sebentar tadi tidak memuaskan hati saya.Pemain tidak bermain dengan bersemangat.                   Walaupun peluang untuk menjaringkan gol banyak,tetapi mereka hanya mampu menjaringkan                       3 gol sahaja.
    Wartawan : Apa perasaan anda selepas memenangi perlawanan tadi?
    Pengurus   : Saya berasa gembira tetapi tiada kepuasan bagi saya sebagai pengurus.
    Wartawan : Apa harapan anda terhadap pasukan anda?

    Pengurus   : Saya berharap agar pemain saya dapat perbaiki permainan mereka selepas ini.Saya juga                    berharap pemain saya dapat mengekalkan kejuaraan tahun lalu.
    Wartawan : Terima kasih diatas kerjasama yang diberikan.
    Pengurus   : Sama-sama.

    Apa Kata Pemain 1




    Muhd.Adib B M Sambri(SMS Seremban)-Saya lihat Mozac ini cantik panorama sekelilingnya dan banyak perkara baik yang saya dengar tentang MOZAC kerana ada bekas pelajar MOZAC di SASER. Harapan saya agar dapat terus bertanding ke final.





    Fatin Syuhadah Bt Abu Bakar(SMS Rembau)-Pelajar-pelajar MOZAC begitu bersemangat ketika menyambut kami dan kami sangat gembira.Sebelum ke pertandingan ini kami telah mengadakan pemilihan peserta melalui 'Interhouse' peringkat sekolah.Saya berharap akan menjadi juara dan dapat menaikkan nama SEMESRA.






    Ahmad Azmeer B Zaidi(SBPi Selandar)-Sebagai pemain posisi striker,saya berharap dapat meningkatkan prestasi sekolah setelah mendapat tempat ke 3 di peringkat Kebangsaan.Saya juga ingin mengalahkan SBP-SBP lain terutamanya SMS Johor.








    Nasiha Sakinah(STF)-Saya mendapati MOZAC ini salah sebuah sekolah yang cantik dari segi panorama kerana terletak tinggi di atas bukit.Persediaan kami di sekolah amat rapi kerana kami berlatih setiap hari. Kami berharap agar dapat mengekalkan kejuaraan kami dalam hoki selama 3 tahun .





    Nurul Fazlina Bt Ahmad(SMS Kota Tinggi)-Sewaktu tiba di sini,saya berasa MOZAC ini menakutkan kerana agak tinggi di atas bukit.Pencapaian kami yang terbaik ialah mendapat tempat ke 2 dalam pertandingan hoki peringkat negeri pada tahun lepas.Saya berharap bukan sahaja kami akan dapat masuk ke final, tetapi menjadi juara pada tahun ini.

    Mesyuarat Pengurus Hoki, Pemain dan Pemandu

    Mesyuarat pengurus hoki telah diadakan jam 9.00 malam di bilik gerakan sekolah.Semua pengurus telah mula berkumpul mulai jam 8.45 malam.Turut hadir ialah Pengetua Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah,Encik Baharuddin Bin Burhan,Pegawai SBP,Encik Norhisham,Encik Jasbir Singh selaku Pengerusi Teknik Melaka & Naib Setiausaha Persatuan Hoki Negeri Sembilan dan Encik Johan Othman selaku GPK Koku Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka.Pengundian kumpulan telah diadakan dan pasukan Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah lelaki telah diundi idalam kumpulan D bersama Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu dan Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi.Bagi pasukan perempuan pula,MOZAC telah diundi bersama Sekolah Menengah Sains Johor dan Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar  dalam kumpulan G.Pasukan Mozac telah diwakili oleh Encik Kamaruddin bin Katon,Encik Ahmad Rizal Aziz dan Puan Nor Haida binti Zamani.Mesyuarat tamat jam 10.45 malam.

    23 Febuari 2011 pada jam 9.00 malam GPK HEM,En Md Isa Bin Jani dan En.Husaini Bin Zakaria telah memberikan beberapa maklumat kepada pelajar tentang aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung selama kejohanan ini.En Md Isa memaklumkan para pelajar untuk menjaga adab sepanjang perlawanan untuk kebaikan sekolah.Para pelajar juga diingatkan untuk tidak menimbulkan sebarang masalah agar aktiviti berjalan lancar.En Husaini pula memaklumkan segala aktiviti yang akan berlangsung.

    Pada masa yang sama,taklimat pemandu bas telah diadakan di bilik APD.Encik Saifuddin telah memberi taklimat mengenai jadual pergerakan bas daripada hari pertama hingga hari terakhir.Pemandu-pemandu juga telah ditunjukkan dengan pelan ke Stadium Hoki Bukit Serindit dan Stadium Hoki Utem.

    Santai bersama sambil minum petang

    Selesai pendaftaran dan latihan penyesuaian padang, semua kontinjen menikmati minum petang di dewan makan MOZAC. Para pemain dan guru - guru pengiring mengambil kesempatan untuk beramah mesra sambil berehat sebelum pertandingan bermula. Suasana santai dan keramahan warga SBP jelas terbayang di wajah masing - masing. Beberapa pasukan juga dilihat membuat latihan ringan dan terdapat juga pasukan yang berehat sambil menikmati panorama indah bandar Melaka dari atas bukit Muzaffar.


    Tuesday, February 22, 2011

    Latihan Penyesuaian padang

     Pada 23/2/2011,para peserta hoki telah tiba ke Mozac mulai pukul 10.00 pagi.Mereka telah dibenarkan untuk mencuba dan membuat latihan di Padang Hoki Bukit Serindit, Melaka.Kontijen Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah  terlebih dahulu mencuba padang diikuti kontijen Sekolah Sains Muar.Kemudian, MOZAC mengadakan perlawanan persahabatan dengan SAMURA.Perlawanan berlangsung dengan penuh aksi menarik. Akhirnya kedua-dua pasukan hanya mencatat keputusan seri tanpa jaringan.Kemudian,tibalah giliran sekolah-sekolah lain untuk menyesuaikan diri dengan keadaan padang. Latihan penyesuaian padang bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 3.00 petang.Setiap pasukan telah diberi jadual penggunaan padang mengikut giliran.Setiap pasukan diberi masa selama 1 jam bagi menyesuaikan diri dengan keadaan padang.Walau bagaimanapun,terdapat beberapa pasukan yang tiba lewat menyebabkan berlaku kesulitan dan pasukan dari sekolah lain terpaksa menunggu lebih lama untuk giliran mereka. Diharapkan semua pasukan dapat mematuhi masa yang telah ditetapkan untuk mengelak sebarang kesulitan agar kejohanan dapat dilangsungkan dengan lancar

    Ketibaan Kontinjen Hoki

    Sekolah Menengah Sains Seremban (SASER) merupakan pasukan pertama yang sampai ke bumi Muzaffar. Mereka telah selamat tiba di SMS Muzaffar Syah Melaka pada pukul 9.00 pagi dan telah disambut oleh para guru dan pelajar MOZAC. Kontijen kedua yang sampai ialah dari SMAP Labu diikuti oleh para pemain dan guru dari SDAR. Semua kontijen telah selamat sampai untuk kejohanan ini. Sebaik mendaftar, mereka mengambil gambar pasukan di depan astaka MOZAC sebelum dibawa untuk menginap masuk ke asrama.Setiap kontijen disertai oleh 15 orang pemain bersama seorang guru pengiring, seorang jurulatih dan seorang fisioterapi.
    Selamat Datang warga Muzaffar ucapkan...

    Selamat Datang

    Mulai hari ini, 23 Februari 2011, MOZAC menjadi tuan rumah kepada 14 buah SBP untuk Pertandingan Hoki SBP Zon Selatan. Sebanyak 24 buah pasukan dari 14 buah sekolah akan bertanding untuk memilih pasukan yang akan mewakili Zon Selatan ke Peringkat Kebangsaan. Selamat bertanding diucapkan kepada semua pasukan terutamanya pasukan hoki lelaki dan perempuan dari MOZAC. Diharapkan semua pasukan dapat bertanding dengan semangat kesukanan dan setiakawan yang tinggi. Warga MOZAC mengucapkan Selamat Datang ke Melaka Bandaraya Warisan Dunia.  

    Thursday, February 17, 2011

    Mesyuarat JK Pengelola 2

    Pada 17 Februari 2011, mesyuarat kali kedua yang dihadiri oleh GPK Ko Kurikulum serta ketua- ketua JK Pengelola membincangkan persiapan terakhir pertandingan yang akan bermula pada minggu hadapan. Semua ketua JK melaporkan perkembangan jawatankuasa masing - masing dan membincangkan masalah - masalah yang timbul. Diharapkan kejohanan pada tahun ini dapat dilangsungkan dengan jayanya dengan komitmen dan kerjasama semua pihak.

    Mesyuarat JK Pengelola 1

    Pada 26 Januari 2011 telah diadakan mesyuarat 1 Pertandingan Liga Hoki SBP Zon Selatan B18. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh GPK Ko Kurikulum, Tn Hj Johan Othman di hadiri oleh semua ketua JK bagi membincangkan tugas dan perjalanan pertandingan yang akan diadakan pada 23 -27 Februari 2011

    MOZAC Tuan Rumah Hoki SBP Zon Selatan B18 2011

    Sekali lagi MOZAC telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah untuk Pertandingan Liga Hoki Zon Selatan B18 2011. Pertandingan yang akan diadakan pada
    23 - 27 Februari 2011 akan disertai oleh 14 buah SBP Zon Selatan. Lebih 500 orang pemain, jurulatih, pengurus dan guru akan berkampung di MOZAC selama 5 hari. Venue pertandingan ialah di Stadium Hoki Bukit Serindit, Melaka.Diharap semua pasukan akan bertanding dengan penuh semangat kesukanan dan SBP Zon Selatan dapat menghantar wakil ke pertandingan di peringkat kebangsaan nanti