BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 11, 2011

Edisi Di sebalik tabir Kejohanan



Sunday, February 27, 2011

Kejohanan Hoki SBP Zon Selatan melabuhkan tirai

Bermula 23 Februari 2011 hingga 27 Februari 2011, kejohanan hoki ini telah meninggalkan pelbagai suka duka yang pastinya tidak akan pernah luput dari memori.Kenangan ini sedikit sebanyak mengajar para peserta untuk bermain lebih baik dan memantapkan strategi perlawanan mereka.
"Majlis penutupan ini merupakan salah satu majlis terbaik yang pernah saya pernah hadiri."kata Pengarah SBP yang menyempurnakan majlis penutupan ini.
MOZAC sebagai tuan rumah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta,jurulatih,guru pengiring serta ibubapa kerana membantu sepanjang kejohanan ini berlangsung.Semoga kita berjumpa lagi di lain masa.
TERIMA KASIH SEMUA






Penjaring Terbanyak Kejohanan

Radhwa Aqilah Binti Mokhtar(TKC)-

Bagi saya, memenangi anugerah penjaring terbanyak pada kejohanan ini merupakan salah satu penghormatan yang terbaik pernah saya dapat.Strategi saya dalam memastikan pasukan saya beraksi dengan baik ialah dengan menggunakan strategi ‘bend down’.Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh warga MOZAC kerana menganjurkan pertandingan ini dengan hebat terutamanya dari segi pengurusannya.Cuma yang saya agak kecewa dalam pertandingan ini ialah psikologi yang hebat dari penyokong dari pihak lawan yang menggugat konsentrasi saya.Selepas ini, pasukan kami akan ke peringkat kebangsaan dan kami akan cuba menjadi juara sekaligus mengalahkan STF di sana.

Pemain Terbaik Kejohanan

Iffah Adibah Mustafa(STF)


-Menang dan kalah merupakan adat permainan.Pemain terbaik perempuan yang dianugerahkan kepada saya adalah satu pengalaman yang baik bagi saya.Saya ingin memberikan pesanan kepada adik-adik saya yang bakal menggegarkan padang hoki tahun depan supaya sentiasa fokus untuk capai kejayaan.Selain itu, pastikan kejuaraan selama 4 tahun ini dikekalkan dan jangan pernah putus asa.

Saturday, February 26, 2011

APA KATA ADIB AFHAM

Beliau merupakan ketua pasukan Sains Johor.Peranannya telah membantu sekolahnya menjuarai kejuaraan kali ini.Beliau juga telah terpilih sebagai Pemain Terbaik Kejohanan dan Penjaring Terbanyak sebanyak 4 gol.Berikut merupakan sedikit wawancara yang dilakukan bersama beliau.

Wartawan : Apa perasaan anda selepas berjaya memenangi kejohanan kali ini buat kali kedua berturut-turut?

Adib: Saya gembira tidak terhingga.Saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan dan semua yang memberi semangat dan dorongan kepada saya supaya saya dapat bermain dengan baik di dalam kejohanan kali ini.

Wartawan : Perasaan anda selepas berjaya memenangi anugerah Pemain Terbaik dan Penjaring Terbanyak?

Adib: Saya berasa gembira dan bangga diatas kejayaan ini.Saya ingin berterima kasih kepada cikgu-cikgu kerana telah mengajar saya cara bermain hoki daripada tingkatan 1 lagi.Disebabkan tunjuk ajar ini,saya telah berjaya mendapat anugerah ini.

Wartawan : Apa perancangan masa depan anda di dalam sukan hoki ini?

Adib : Bila saya sudah besar nanti,saya ingin menubuhkan sebuah pasukan hoki saya sendiri. Saya akan menamakan pasukan saya ini bersempena nama saya iaitu ADIB AFHAM HOCKEY CLUB.Pasukan saya akan bersaing di dalam liga hoki Malaysia sekaligus menjuarainya.

Keputusan Akhir Kejohanan Hoki SBP Zon Selatan 2011

LELAKI

 
JUARA             : SEKOLAH MENENGAH SAINS JOHOR
NAIB JUARA  : SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI SELANDAR
TEMPAT-3      : SEKOLAH MENENGAH SAINS MUZAFFAR SYAH
TEMPAT-4      : SEKOLAH MENENGAH SAINS SEREMBAN

PEREMPUAN

JUARA            : SEKOLAH TUN FATIMAH
NAIB JUARA : KOLEJ TUNKU KURSIAH
TEMPAT-3     : SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN LABU
TEMPAT-4     : SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR


PENJARING TERBANYAK KEJOHANAN
LELAKI-MUHAMMAD ADIB AFHAM YAC'OB(SAINS JOHOR)
PEREMPUAN-  RADHWA AQILAH MOKHTAR(TKC)

PEMAIN TERBAIK KEJOHANAN
LELAKI- MUHAMMAD ADIB AFHAM YAC'OB(SAINS JOHOR)
PEREMPUAN-IFFAH ADIBAH BINTI MUSA(STF)

         TAHNIAH SEMUA.......

STF lawan TKC (AKHIR)

Perlawanan ini ibarat ulangan final tahun lalu.TKC sudah tentu ingin membalas dendam diatas kekalahan mereka tahun lalu.Serangan bertalu-talu telah dilancarkan oleh kedua-dua pasukan.Walau bagaimanapun,kehebatan TKC mula tenggelam di pertengahan permainan manakala STF terus menguasai permainan.Dan akhirnya,Nurul Izzati dan Nasiha Sakina memberi kemenangan kepada STF apabila menjaringkan gol menerusi gerakan yang menarik.Ini bermakna,STF berjaya mengekalkan kejuaraan tahun lalu.TKC sekali lagi hampa bagi merampas kejuaraan daripada STF.